Jam dinding berdeting beberapa kali.Pukul 3 pagi. Entah kenapa aku terbangun dari tidur yg lena.Kutatapi wajah 'sahabat' akrabku sedalam-dalamnya. Kubelai perlahan rambut ikalnya yg wajahnya... Kaucantik sayang.., bisikku perlahan. Tanpa disedari ,usia perkahwinan kami telah mencecah tahun yg kelima.Namun kami masih belum dikurniakan cahaya mata sebagai penyeri kebahagiaan ini. Ya Allah kurniakanlah kepada kami seorang anak..walaupun cuma seorang . Itulah doa yang sering ku panjatkan kepada Ilahi dalam setiap sujudku Kami telah disahkan oleh doktor pakar bahawakami brdua adalah normal. Pelbagai ikhtiar telah kamiusahakan. Mungkin benar apa yang dikatakan doktor dua thn lalu; "Bersabarlah, mungkin anda berdua sedang diuji Tuhan. Teruskan usaha dan berdoalah. mudah-mudahan dimakbulkan doa anda berdua.."
Akhirnya, aku bangun sendiri. Aku tenggelam dalam solat malamku yg panjang..Dan seperti biasa aku takpernah lupa memanjatkan doa sebagaimana dalam firman Allah .. (al A'raaf : 189 ) yg bermaksud : " ya Allah jika engkau memberi kami anak yg soleh, tentulah kami termasuk orang-orang yg bersyukur.." Jam berbunyi empat kali. Aku mengakhiri solat witirku dan ketika salam kedua ku dapati Najmiah dahberada di belakangku..Wajahnya masam, merajuklah tu. Kurenung wajahnya dengan riak lucu." Kenapa ni.?Muncungya mulut.." usikku dalam nada separuh berbisik.... Semakin menjadilah rajuknya. "kenapa abang takkejutkan Najmiah.?"Protesnya... Aku tersenyum cuma. "Dah,abang tengok cik adik letih sangat..bukan tak kejut tapi cik adik sayang yang tak sedar.." Akhirnya Najmiah mengalah, tapi bersyarat..Jangan tidur sampai dia selesai solat malam. "Baiklah tuan puteri, saya yang menurut perintah." Usikku lagi. Najmiah tersenyum lebar mendengar usikanku..Serentak dengan itu jarinya yang mungil bertindak menggeletek pinggangku.Dia kemudianya berlalu dengan wajah yang melucukan. Petang itu , sambil kami menikmati minum petang,Najmiah memecahkan kedamaian itu dengan ungkapan : "Abang.....nikah jelah satu lagi" Dengan nada yang bersahaja.. Aku tersentak. Aku memang amat mengharapkan keturunan,. Kan rasulullah berbangga umatnya ramai..! Tapi hingga saat ini aku belum mampu membahagikan cintaku pada wanita lain. Walaupun Islam tidak pernah menghalang poligami apatah lagi dengan keadaan yang kami alami sekarang ini . Sanggupkah aku memikul bebanan ini ....?
"Hai.tak takut cemburu ke..? Umpanku pula.."Cemburu.....emmm itukan memang fitrah manusia bang..takkan Najmiah tak cemburu. Aisyah pun cemburu pada Khadijah, tapi masalahnya sekarang, kalau abang kahwin satu lagi, kan Najmiah boleh tumpang kasih anak dari isteri abang..? hujahnya panjang lebar. "Hai.takkan tak cukup lagi 'anak-anak' di tadika..? "Abang niii..Itu lain. Itu bukan dari zuriat abang. "Macammana kalau isteri kedua abang juga tak boleh melahirkan zuriat..?" umpanku lagi.. "Kahwin satu lagi.." "Kalau tak dapat anak juga,..?" Usikku terus."Nikah lagi..kan boleh sampai empat..!" Jawab Najmiah dalam nada semakin kendur. "Huss..Najmiah sayang !Jangan merepeklah . Abang tak mampu mencontohi ibrahim bapa ismail..berilah peluang abang meneladani Zakaria bapa Yahya.. " Kutamatkan dialog ini seolah-olah marah kepadanya.. Kudakap erat Najmiah,...ada titisan panas yg membasahi dadaku..
Hari ini ulang tahun perkahwinan kami yang ke tujuh..umurku sudah merangkak 33 tahun ...Uban di kepalaku sudah meningkat bilangannya ...Berbanding ketika awal pernikahan bilangannya belum sampai sebelah tangan,beritahu Najmiah kepadaku. Sehingga ke saat ini Allah belum kurniakan kami rezeki, seorang anak. Tapi cintaku pada Najmiah masih seperti dulu . Tak pernah pudar. Hidangan istimewa disediakan Najmiah hari ini....Ada bungkusan hadiah comel di meja hidangan. Najmiah menarik lenganku,..dengan nada manja sambil berkata..: " Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan kita .." Begitu teratur kalimah itu dibisikkan ketelingaku. Sambil mataku mencuri pandang hadiah di atasmeja . Ada sampul surat yang berlogo hospital terkenal di ibu kota. Tanganku segera ingin mencapai sampul tersebut. Najmiah dengan pantas menghalangya. "Makanlah dulu kek coklat yang Najmiah buat .! Abang ni taksabarlah.." Protes Najmiah separuh merajuk. "Oklah sayang." Ku pendamkan rasa ingin tahuku lalu ku ambil pisau yang dihulurkan.. "Bismillahirrahmanirrahimm..ku potong kek istimewa itu.kami berbalas suapan.. dengan perlahan-lahan aku mengambil sampul surat dari tangannya tadi.."Subhanallah..Maha suci Allah,..Tuhan sekelian alam..!!" Najmiah hamil..!! Masya Allah, setelah sekianlama penantian ini.! Seketika aku tersungkur sujud.Airmataku mengalir deras. Kurangkul Najmiahseerat-eratnya.
Airmataku terus mengalir seolah-olah tak akan henti dan tika ini,.. tangisan SYUKUR..! "kenapa jumpa doktor tak bagitau abang..?" Tanya ku seperti memprotes.."Kalau beritahu tak surprise lahhh." Jawab Najmiah selamba.. Tiba-tiba aku rasa bersalah,..Sejak akhir2ini Najmiah ada mengadu sakit kepala dan rasa kurangselera makan. Kusangka dia terlalu letih menguruskan cawangan tadikanya yang baru,..Ditambah pula dgn kesibukanku di pejabat dan 'kewajipan saham akhirat'.Aku benar2 lupa membawanya ke klinik. Sungguh..!! Aku benar-benar rasa bersalah.. Sejakberita itu diterima, kesihatan dan aktiviti Najmiahmenjadi perhatian utamaku segala hajatnya kupenuhi. Akutak benarkan dia memandu sendiri dan bercadang mengupah driver utk kemudahannya. Aku minta supaya dia mengurangkan semua aktivitinya..Namun Najmiah tak bersetuju.. Katanya, janganlah terlalu manjakan dia..Barkan dia menjadi ibu yang 'luarbiasa' Ibu yang' luarbiasa' akan melahirkan anak yang 'luarbiasa' .ketika aku ttp meminta dia memenuhi hasratku,..dia berkhutbah panjang. "Abang sayangg.abang kata nak jadi seperti zakaria bapa Yahya..Abang kata nak bayi ini menjadi mujahid atau mujahidah,.. Abang..,kalau kitabercita-cita nak jadikan anak kita sebagai mujahid atau mujahidah,.kita kena latih dia sejak dalamkandungan.. Maknanya,..jangan manjakan ibunya..Kalau dilimpahkan kesenangan pada Najmiah dan anak yang bakal lahir ini , bagaimana nak dapat anak seperti Fatimahatau Ali abi Thalib..? Abangkan tau,..kesenangan dan kemewahan bukan modal yang baik untuk anak...Dengan kesusahan barulah generasi menikmati kesenangandi syurga. Sebelum sempat khutbahnya diteruskan.akuterus meletakkan tanganku di mulutnya..'Stop'.. Aku faham dan akan terus memahami hakikat pendidikan dalamIslam.. Cuma aku sendiri pelik kenapa tiba-tiba aku yang jadi terlalu cerewet..!
===================================================================

Pagi itu selepas sarapan aku melihat Najmiah tidak seperti biasa,..Peluh mengalir laju membasahi dahinya..Dia kelihatan pucat..Kurasa badannya, panas.!Seingat aku Najmiah hanya akan melahirkan pada 26mei,..hari ni baru 04 april,.Aku panik.. Aku segeramembawa Najmiah ke hospital dengan seribu satu doa yg tak putus dlm hatiku,.aku harap ayah dan ibuku segera datang utk menambah ketenanganku. Aku mundar mandir..Ya Allah. selamatkanlah isteri dan anakku..bisikku berulang kali.. "Encik HafizAdam..?"..Dr Khadijah,..pakar sakitpuan rujukan isteriku,.. "Ya,..saya doktor,.." sahutkucepat..Kuhampiri Dr Khadijah.. "Boleh kita berbincangsebentar,,.." Minta Doktor sambil mengajakku ke bilik rundingan,.. "Saya harap Encik HafizAdambertenang,..Isteri encik menghadapi sedikit masalah,..air mentubannya dijangkiti kuman.. Dand egupan jantung bayi di dapati semakin lemah..Puan Najmiah perlu dibedah segera.." "Bedah..?" "Buatlah apayang sewajarnya doktor.. Tapi isteri saya bagaimana.doktor..?" Tanyaku dgn nada separuh ketar.bimbang. "saya akan cuba sedaya upaya,..utk menyelamatkan kedua-duanya,.. Yang lain kita pulangkanlah pada Allah. Sama-samalah kita berdoa .."Suara tenang tapi yakin lahir dari doktor Khadijah..Ya Allah,.selamatkanlah isteriku,..Ya Allah..janganKau ujiku di luar batas kemampuanku,.. Dalam sujudku yang panjang tak henti aku berdoa keselamatan isteri dan anakku..Aku memohon limpah kasih sayang Allah kepada isteri dan anakku tersayang.. Begitu lamaku cari ketenangan dalamsolatku,..tiba2 ayahku memanggilku mengajakku menunggudi luar bilik pembedahan.. Ketika sampai di pintu bilik ,..aku terdenagr suara tangisan bayi,,..alangkah lunaknya. "Encik HafizAdam..?" ya..saya.." "Alhamdulillah isteri encik telahpun melahirkan bayi perempuan yang sihat,.2.9 kg dan comel seperti ibunya." kata Dr Khadijah tenang,.."Alhamdulillah.isteri saya bagaimana doktor.?" Dr,khadijah terdiam ..tiba2 perasaan tidak sedap menjalar keseluruh tubuhku,..Kutenung wajah Doktor dengantatapan penuh tanda tanya,.. Tiba2 doktor menggelengkepalanya perlahan sambil tertunduk.. Mulutku ternganga seketika,.. "Maaf,.saya telah berusaha semampu yg mungkin,. Tapi Allah lebih menyayangi Najmiah,.." Deraian air panas bercucuran tanpa boleh dibendung,. Perlahan aku mengikuti doktor ke ruangbilik pembedahan..Kurasa seperti seretan kaki ini sungguh lemah dan tak berdaya,..sesusuk tubuh di tutup dgn kain putih terbaring,..Perlahan aku membuka kain penutup..Innalillahi wainnailaihi raji'unnnn.. DariNya kita datang,.kepadanya kita kembali,.. Wajah Najmiah pucat,..tapi bibirnya terukir senyuman manis,..manis sekali,..tanpa ku sedari ku dakap Najmiah seerat-eratnya..tangisku perlahan, tapi taktertahan..! "Sabar encik Hafiz Adam,..sabar.." Terdengar suara doktor Khadijah cuba menenangkan aku,.."Nurse,.. tolong bawa anak encik Hafiz Adam.." katanya lagi,.. Seorang bayi mungil yg masih merah dihulurkan dihadapanku,..perlahan ku ambil dan ku dakap bayi itu,.Kutatap wajahnya berganti-ganti dengan Najmiah..Mereka amat mirip.! Matanya,hidungnya,..mulutnya,..Allahuakbar..!!! Dadaku bertambah senak..tangisanku semakin menjadi-jadi, Sehinggalah ayah datang memegang bahuku..dan berkata,.. "Iqamahkan anakmu Hafiz Adam,..sambutlah yanghadir,..doakanlah yang kembali.." Najmiah,.. rupanya inilah hikmah Allah,..Maha Kuasa dan Maha mengetahuinya Allah,..Dia memberi kesempatan kepadaku menemanimu , mengasihimu, hampir selama lapan tahun,..utk akhirnya memanggilmu setelah dikurniakn gantinya,. Ya Allah,.jangan biarkan hati ini berandai-andai,.. Seandainya kami tidak mengharapkan anak jika itu membawa kematian Najmiah,.. Tidak,.. Tidak,itu semuanya ketentuanMu Ya Rabb. Tuhan yang MahaMengetahui,..Lagi Maha Pengasih,.. Selamat jalan Najmiah..
0 critics only:
Post a Comment