Tuesday, February 24, 2009

AIRMATA KEHIDUPAN

Suatu ketika, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?” ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.” “Saya tak mengerti ibu,” kata si anak. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti…”

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?” “Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,” sang ayah menjawab. “Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya ia merasa seolah mendengar jawapannya:

“Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila ia telah membesar.

“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam kondisi dan situasi apapun. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak-anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didekap dengan lembut olehnya.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.

“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahwa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

“Dan akhirnya, Kuberikan ia air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat ia gunakan bila masa pun ia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”

Wednesday, February 11, 2009

Darah 14 Februari..

Ingatlah wahai sahabatku...,barangsiapa yang cuba menghidupkan sesuatu sunnah, maka sudah pastinya mendapat pahala orang mati syahid……andainya generasi kita tidak cuba mempertahankan warisan itu, maka generasi manakah yang sanggup untuk mempertahankannya dalam arus kebejatan social yang melanda?

14 febuari, ramai di antara kita yang mengingati tarikh keramat dan tarikh istimewa, catatan istimewa, namun sebenarnya di sebalik perlakuan sebegini, darah-darah umat Islam sedunia kian mengalir pedih dan amat perit sekali rasanya, daging-daging saudara seIslam disiat-siat dan dihiris sembilu!.... Hanya kerana kita mengagung-agungkan 14 Febuari, hari Valentine! Mengapa tidak kita kenang tarikh tersebut sebagai 20 Zulkaedah, iaitu 20 hari lagi menuju hari raya umat Islam yang lebih besar daripada Aidulfitri iaitu Aiduladha serta 28 hari lagi menuju tarikh 18 Zulhijah. Tarikh yang sewajarnya kita yang mengakui sebagai umat islam mengenang kembali saat Saiyidina Uthman Bin ‘Afan dibunuh di dalam rumahnya di samping tangannya sedang memegang Al-Quran!!!!!

Akhwat sekalian, tahukah anda apakah itu hari Valentine??? Valentine atau nama sebenarnya St. Valentino merupakan seorang paderi yang berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabela dari Sepanyol. St. Valentino ini adalah orang terpenting dalam usahanya menjatuhkan dan menzalimi rakyat Islam di Cordova, Sepanyol pada zaman lampau. Kedudukannya adalah di tempat kedua selepas Pope. Mengikut sejarah, kisah Valentine ini terbahagi kepada dua versi. Berdasarkan versi pertama, St. Valentino adalah orang terpenting ratu Issabela berikutan kejayaannya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova. Disebabkan itu, jasanya dianggap sebagai pengorbanan yang amat berharga sehingga Valentino dianggap sebagai kekasih di kalangan rakyat pada ketika itu. Lantaran itu 14 Febuari ditetapkan cuti umum di samping merayakan kemenangan tersebut sekaligus untuk mengenang jasa St.Valentino pada setiap tahun. Maka seandainya kita turut meraikan hari Valentine, bermakna kita turut merayakan kemenangan orang Kristian menumpaskan saudara kita sendiri! Astaghfirullah!!!

Menurut versi kedua pula, sebelum kejayaan paderi ini, beliau dikatakan mempunyai dua orang kekasih. Kekasih pertamanya beragama Islam, manakala kekasih keduanya beragama Kristian berfahaman Protestant. Disebabkan perbezaan agama, St. Valentino memilih kekasihnya yang kedua. Kemudian apabila ditanya oleh Ratu Isabella, apakah bentuk ganjaran yang boleh dikurniakan kepadanya berikutan kejayaan besarnya menumpaskan umat Islam di Cordova, St. Valentino terus menyatakan hasrat untuk mengahwini kekasihnya yang kedua. Hal ini telah menimbulkan konflik kerana St. Valentino yang berfahaman Katolik tidak boleh berkahwin dengan seorang wanita beragama Protestant. Hal ini juga bercanggah dengan syarat bahawa paderi tidak boleh berkahwin. Justeru St. Valentino dipenjarakan. Namun Ratu Isabela tetap mahu mengingati jasa beliau berikutan kejayaannya menumpaskan umat Islam di Cordova. Maka 14 Febuari Diisytiharkan sebagai Hari Valentine atau Hari Memperingati Kekasih.

Setelah meneliti satu aspek, mari kita alihkan minda kita kepada satu aspek yang lebih bermakna buat kita semua. Tokoh ini tidak asing lagi buat kita semua iaitu Rasul junjungan kita, Nabi Mhammad s.a.w. Bginda dilahirkan pada 12 Rabiulawal Tahun Gajah bersamaan 20 April 570 Masihi di Makkatul Mukarramah. Sewaktu hayatnya, baginda seorang yang jujur, amanah, bijaksana dan sangat disayangi serta disenangi oleh para sahabat. Baginda merupakan pemimpin yang hebat dan disegani.

Hal ini terbukti dengan terbentuknya satu piagam yang dikenali sebagai PIAGAM MADINAH di bawah kepimpinannya. Baginda merupakan seorang yang penyabar, pemaaf, bersifat lemah-lembut dan bertolak ansur dalam menyelesaikan segala masaalah. Selain daripada berani dalam mempertahankan segala aspek mempertahankan kebenaran dan hak, baginda juga merupakan seorang yang adil. Pun begitu, seperti manusia biasa, Rasulullah sentiasa bertawakkal kepada Allah SWT setelah berusaha menjalankan dakwahnya untuk menegakkan panji–panji ISLAM. Tidak hairanlah Islam hari ini di hati masyarakat seluruh pelusuk dunia!

Persoalan yang timbul kini, mengapakah 14 Febuari lebih midah diingati berbanding tarikh-tarikh istimewa seperti 12 Rabiulawal yang diingati oleh hanya segelintir masyarakat sahaja? Dan sebagai remaja Islam, wajarkah kita mengagung-agungkan jasa tokoh barat yang dikategorikan sebagai musuh Islam? Atau anda gembira pabila disamakan taraf dengan remaja-remaja barat yang rosak akhlaknya? Perlukah kita berbangga andai dapat meniru cara dan penampilan mereka yang agak keterlaluan itu? Bukankah Rasulullah s.a.w sepatutnya lebih diingati kerana bagindalah manusia yang mencintai umatnya?

Oleh itu, fahamilah, bahawa pergaulan yang bebas tanpa had yang berlandaskan syariat Islam boleh merosakkan akhlak remaja hari ini. St. Valentino telah bermati-matian memerangi umat Islam…...manakala baginda Rasulullah telah bermati-matian memperjuangkan Islam hingga ke akhir hayatnya… sehingga ke nafas terakhirnya, baginda masih teringatkan umatnya…ummati…ummati…ummati…. Secara logiknya, antara St. Valentino dan Rasulullah: yang mana satu perlu menjadi Qudwah kita? Fikirkanlah…….

Apakah sanggup kita terus biarkan darah saudara yang kita kasihi terus mengalir membasahi bumi yang dahulunya permai? Informasi terkini dari seorang sahabat memberitahu saya bahawa Dr. Yusuf Al Qardawi, ulama’ tersohor di bumi Anbiya’ Mesir telah mengeluarkan fatwanya bahawa satu sen yang dibelanjakan membeli barang-barang keluaran Amerika Syarikat bermakna sebutir peluru kita tanam di dada saudara seaqidah kita di bumi Palestin , Chechnya ,Bosnia, Kepulauan Maluku dan bumi-bumi Islam yang lain yang sedang mengalami proses “pembersihan” umat Islam secara besar-besaran dan habis –habisan! Maka, apa pula bentuk sumbangan kita kepada kuffah demi menghapuskan saudara seaqidah yang kita kasihi jika turut sama meraikan HARI VALENTINE?

Firman Allah: “Sesungguhnya yahudi dan nasrani tidak akan redha kapada kamu melainkan setelah kamu mengikuti cara hidup mereka.”

(Surah Al-Baqarah)

Yahudi dan Nasrani cukup rasa lega seandainya kita, umat Islam sudah tahu cara hidup mereka, itu belum lagi menganut agama mereka! Kerana bagi mereka meneladani budaya hidup mereka sudah dikira menjadi seperti mereka! Fikirkanlah akhawat sekalian……apa yang akan kita jawab di hari perhitungan esok…….

Akhir kalam, renungilah kata-kata seorang sufi, Rabiatul Adawiah……

Cintakan manusia, tidak akan mewujudkan kebahagiaan yang abadi untuk seseorang insan, kerana ia tidak kekal ,

Cintakan manusia seringkali membuatkan seseorang itu gagal,

kecewa, menderita dan terseksa,

Oleh itu, tidak ada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada Pencipta manusia itu sendiri.

Wednesday, January 28, 2009

Keturunan Yakjuj & Makjuj





KISAH mengenai Bani Israel jelas dinyatakan di dalam al-Quran melalui pelbagai ayat dan surah. Banyak teks yang menerangkan perihal mereka, terutama membabitkan ajaran diperjuangkan nabi dan rasul di kalangan mereka.


"Wahai Bani Israel! Kenangkanlah nikmat-nikmat-Ku yang Aku telah kurniakan kepada kamu, dan (ingatlah) bahawasanya Aku telah melebihkan (nenek moyang) kamu (yang taat dahulu) atas orang (yang ada pada zamannya). (al-Baqarah:47)


Dalam kamus Inggeris orang Yahudi atau Israel dikenali sebagai Jew, dari istilah Perancis giu. Jew asalnya istilah Hebrew, merujuk kepada orang Yahudi, etnik dari Israel atau Hebrew (ahli kaum Semit Arab dan Yahudi).

Bahasa Latin ringkasya bermaksud Judaean, dari perkataan Judah, iaitu nama kerajaan Judah dan satu suku kaum Israel.

Jerman memanggilnya Jude, Juif (Perancis), Jode (Denmark) dan Judio (Sepanyol).

Mengikut sejarah, Yahudi yang difahami merujuk dari zaman dahulu kala, malah mengikut adat mengembalikan kepada zaman millennium kedua Sebelum Masihi, dari Nabi Ibrahim, Nabi Ishak dan Yaakub a.s.

Nabi Yaakub, putera kepada Nabi Ishak, yang dilahirkan di Kan'an (bahasa Hebrew, nama lama bagi Palestin), dinasabkan dengan keturunan Bani Israel dan baginda dinamakan juga Israel.

Isra' membawa erti hamba, kesucian, manusia, manakala 'el' bererti Allah. Perkataan Israel merujuk kepada hamba kesucian Allah.

"Segala jenis makanan dulu halal bagi Bani Israel, kecuali makanan yang diharamkan oleh Israel (Nabi Yaakub) kepada dirinya sendiri sebelum diturunkan Kitab Taurat..." (Ali Imran: 93)

Begitupun, dalam pemahaman moden, Yahudi merujuk kepada tiga kumpulan; orang yang dilahirkan dalam keluarga Yahudi sama ada mengikuti atau tidak agama itu; mereka yang mempunyai keturunan; dan tiada keturunan Yahudi tetapi memeluk agama itu.

Fakta penyelidikan seorang sarjana Yahudi, Arthur Koestler, menunjukkan lebih daripada 80 peratus Yahudi hari ini langsung tidak mempunyai kaitan sejarah dengan bumi Palestin.

Majoriti Yahudi sekarang berketurunan Yahudi Khazar iaitu puak Tartar-Turki kuno, di utara Kaukaz (kawasan bekas Soviet) yang asalnya mengamalkan kepercayaan Shamanisme. Cuma sekitar abad kesembilan menjadikan Judai (Yahudi) sebagai agama.

Kemudian Khazar dianggap sebagai satu daripada empayar kegemilangan Yahudi manakala penduduk Khazar dipercayai menjadi antara moyang bangsa Yahudi moden ketika ini.

Pendeta Benedictine, Christian dari Stavelot dalam bukunya yang ditulis pada abad kesembilan, "Expositio in Matthaeum Evangelistam' merujuk Khazar sebagai bangsa nomad yang berasal daripada keturunan Yakjuj dan Makjuj.

Seorang pengembara Arab, Ibnu Fadlan dalam catatan perjalanannya ketika mengadakan misi diplomatik untuk menghadap orang suruhan Raja Khazar menyatakan beliau percaya Yakjuj dan Makjuj adalah moyang kepada Khazar.

Berbanding bangsa Palestin, dikenali juga sebagai bangsa Kan'an yang diperakui mendiami tanah itu dari awal sejak sekian lama sebelum orang Israel mendatangi lokasi terbabit.

Orang Yahudi moden berusaha menubuhkan Tanah Israel (Land of Israel), khususnya mereka berhaluan utama untuk dikongsi semua golongan terbabit.

Istilah Tanah Israel bukannya negara Israel, iaitu sebuah negara geopolitik moden yang lebih kecil, tetapi ia dikatakan wilayah menurut Injil Hebrew dijanjikan Tuhan kepada pengikut Ibrahim melalui puteranya Isa dan orang Israel, pengikut Yaakub.

Negara moden Israel hari ini terbentuk pada 14 Mei 1948. Peringkat awal pembentukannya menyaksikan perpindahan besar-besaran, termasuk saki baki Holocaust (pemusnahan oleh Nazi Jerman, 1941-1945 membabitkan korban enam juta Yahudi).

Kerajaan Israel dikenali juga sebagai rejim Zionis, iaitu pergerakan politik antarabangsa yang menyokong tanah air orang Yahudi di Land of Israel. Pergerakan rasminya diasaskan seorang wartawan Austria, Theodor Herzl pada akhir kurun ke-19.

Menurut Agensi Yahudi, pada 2007 ada 13.2 juta Yahudi seluruh dunia, dengan 5.3 juta tinggal di Israel, 5.3 juta di Amerika Syarikat dan bakinya bertaburan di pelbagai negara, mewakili 0.2 peratus populasi semasa dunia.

Yahudi terkenal sebagai suatu bangsa yang mengingkari perintah Tuhan, golongan yang melampau dalam banyak aspek, keras kepala dan taksub. Teks al-Quran dan lipatan sejarah membuktikan kenyataan itu.

Sebagai contoh, ketika pemergian Nabi Musa a.s selama 40 hari ke Thur Sina, sesetengah mereka menyembah patung anak lembu. Walaupun dinasihati, mereka tidak mempedulikannya.

Kehidupan orang Yahudi terbahagi kepada beberapa zaman, dengan yang pertama berakhir apabila rumah ibadat pertama dimusnahkan orang Babylon. Rumah ibadat itu dibangunkan Nabi Sulaiman.

Mereka ditakluki pelbagai kuasa besar, seperti orang Assyrians (dari bahagian atas Sungai Tigris di Iraq), Babylon, Parsi, Empayar Roman dan Islam. Cuma di bawah kekuasaan Islam mereka dilayan dengan adil.

Di wilayah Iberia misalnya, pemerintahan Muslim memberi kebebasan kepada Yahudi memajukan diri dalam matematik, astronomi, falsafah, kimia dan filologi, sehingga zaman itu sering dirujuk sebagai zaman emas Yahudi.

Pada masa awal Islam, Leon Poliakov menulis, orang Yahudi mendapat banyak keistimewaan dan masyarakat mereka bertambah maju.

Dalam tempoh penaklukan pelbagai kuasa besar, mereka acap kali diusir, malah dijual dalam pengabdian pada masa Empayar Roman.

Pada kurun kedua Maharaja Roman Hadrian membina semula Jerusalem yang hancur sebagai kota orang jahiliah dan dijadikan tempat upacara agama orang Yahudi. Marah dengan penghinaan itu, mereka memberontak.

Hadrian bertindak balas, memadamkan pemberontakan dengan membunuh lebih setengah juta Yahudi.

Kemudian pada zaman Roman Legions, orang Yahudi tidak dibenarkan memasuki kota Jerusalem (dikenali Muslim sebagai al-Quds atau Baitulmaqdis) dan kebanyakan ibadat mereka dilarang. Pada tahun 212, semua orang Yahudi dijadikan rakyat Roman.

Pada akhir kurun empayar Rom, orang Yahudi dan Kristian mengamalkan tolak ansur, tetapi arah tuju yang bertentangan.

Orang Yahudi pernah bersekutu dengan orang Parsi yang menceroboh Palestin pada 614, tetapi apabila perintah Kristian diasaskan semula akhirnya mereka disembelih dan dilupuskan dari Jerusalem.

Ternyata mereka tidak pernah belajar daripada penaklukan, penghinaan dan pemusnahan dialami sepanjang sejarah, akibat suka membuat onar dan bersengketa.

Hari ini mereka bersengketa pula dengan orang Islam, terutama rakyat Palestin.